BEAM Mobility Malaysia Berhad telah memulakan operasi di Kampus UKM Bangi dengan sebanyak 23 stesen penggunaan e-Skuter di sekitar kampus.
Dalam usaha untuk meningkatkan kemudahan kepada pelajar, warga kampus dan komuniti, perkhidmatan e-Skuter ini telah dibenarkan beroperasi bermula 22 April 2024.
Kerjasama antara Beam Mobility dan UKM adalah inisiatif bersama antara JANA@UKM, HEP-UKM dan KMUKM sebagai salah satu usaha untuk menambah baik perkhidmatan pengangkutan dan menjadi salah satu alternatif baharu untuk warga UKM bergerak di dalam kampus.
Pelajar dan warga UKM adalah dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi keselamatan yang telah ditetapkan semasa menggunakan perkhidmatan e-Skuter ini.
Satu kempen kesedaran dan penggunaan perkhidmatan e-Skuter ini juga akan diadakan dalam masa akan datang
Tun Seri Lanang
Tun Abdullah Mohd Salleh