PUSAT HAL EHWAL PELAJAR

PUSAT HAL EHWAL PELAJAR

pilihan raya

kampus

Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar

Pilihan Raya Kampus (PRK) 2023 telah diadakan pada 1 Februari yang mempertandingkan sebanyak 42 kerusi umum dan fakulti di seluruh kampus Universiti Kebangsaan Malaysia. 

 

Terdapat empat gerakan pelajar iaitu Demokrat, Inspirasi Varsiti, Pendaulat Mahasiswa dan Wahana Tanah Air. Untuk rekod, Pendaulat Mahasiswa telah memenangi sebanyak majoriti 22 kerusi. 1 kerusi tidak dipertandingkan manakala 2 kerusi dimenangi oleh gerakan bebas. 

 

Pemilihan ini merupakan proses pendemokrasian dalam kalangan pelajar universiti. Universiti memberikan autonomi penuh kepada mahasiswa bagi pemilihan majlis perwakilan pelajar (KMUKM) sejak tahun 2018 yang diuruskan oleh Jawatankuasa Pemilihan MPP UKM (JPMPP) yang terdiri daripada pelajar sepenuhnya.

Majlis Penyampaian Watikah

Seramai 41 perwakilan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menerima watikah dan amanat oleh Naib Canselor UKM Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman pada 24 Februari dalam Majlis Penyampaian Watikah Kesatuan Mahasiswa Sesi 2022/2023 di Bilik Senat, Canselori UKM.

 

Barisan Kesatuan Mahasiswa yang diketuai oleh saudara Badrul Alif Naqiuddin Badrulzaman sebagai Presiden, telah diberi mandat selepas memenangi Pilihan Raya Kampus yang diadakan.

 

Dalam ucapannya, Naib Canselor meletakkan kepercayaan bahawa Kesatuan Mahasiswa Sesi 2022/2023 mampu merealisasikan mandat yang telah diberikan ini dengan profesionalisme gerak kerja, kematangan tindakan dan kepintaran perancangan. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada mantan Kesatuan Mahasiswa UKM Sesi 2021/2022 yang diterajui oleh Saudara Muhammad Adli.