SAMBUTAN HARI RAYA HEPA 2024 DISAMBUT GILANG-GEMILANG
Sambutan Hari Raya HEPA disambut gilang-gemilang pada 29 April yang melibatkan sebanyak 10 Pusat Tanggungjawab (PTj) dan 12 Kolej Kediaman di bawah portfolio Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, YBhg. Prof. Madya Dr Mohd Suzeren Md Jamil bertempat di Panggung Seni, UKM baru-baru ini
Kehadiran seluruh Warga UKM termasuk mahasiswa ke majlis ini telah menjadi platform dalam mengeratkan hubungan ukhwah dan silaturahim antara satu sama lain.
Pelbagai juadah dan hidangan telah disediakan mengikut PTj masing-masing dalam menjayakan sambutan perayaan ini.
Keluarga HEPA mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan atas kesudian kehadiran pengurusan tertinggi UKM yang terdiri daripada Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, YBhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Mohamad Abd. Razak, Naib Canselor, YBhg. Prof. Dato' Ts. Gs. Dr. Mohd Ekhwan Toriman, YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali, Pengarah Minda-UKM, YBrs. En. Mohd Azli Mohd Kasirun, Bendahari, YBrs. Cik Rohaya Umar, Ketua Pustakawan, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan dan YBhg. Prof. Dr. Norhamidi Muhamad, Pro Naib Canselor.
Ribuan tahniah dan terima kasih juga kepada semua PTj dibawah HEPA kerana telah bertungkus lumus dalam menjayakan majlis yang memberi seribu satu makna ini.
Semoga Syawal dapat dirayakan dengan meriah lagi tahun hadapan dan ikatan permuafakatan bertambah erat.