PUSAT HAL EHWAL PELAJAR

PUSAT HAL EHWAL PELAJAR

TOWNHALL BERSAMA HEPA

Bangi, 19 Januari – Prof Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Universiti Kebangsaan Malaysia bersama-sama Pusat Tanggungjawab dibawah pentadbiran HEPA telah mengadakan sebuah sesi Townhall bersama seluruh kepimpinan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.

Inti pati utama yang dinyatakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) adalah empat autonomi yang diberikan sepenuhnya kepada mahasiswa UKM iaitu Autonomi Pengurusan Aktiviti Pelajar, Autonomi Pengurusan Kewangan Pelajar, Autonomi Berpolitik di Dalam dan Luar Kampus serta Autonomi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar.

Sesi yang dihadiri seramai 200 orang di Auditorium Akademia Siber Teknopolis UKM ini telah memberi peluang kepada mahasiswa untuk menyatakan aspirasi, pandangan, cadangan dan harapan secara langsung bagi mendapatkan titik persamaan dan kesefahaman bersama Pengurusan HEPA.

Pengurusan HEPA juga berharap untuk menjadikan Sesi Townhall ini sebagai pengisian setiap semester sebagai wadah perkongsian.