PUSAT HAL EHWAL PELAJAR

PUSAT HAL EHWAL PELAJAR

Mahasiswa Diperkasa

UKM TUAN RUMAH

JELAJAH IKON MADANI (JKOM)

Pada 3 Jun, Jelajah Ikon Madani Peringkat Wilayah Persekutuan dan Selangor anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Jabatan Perdana Menteri dan Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) telah memilih Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR),UKM sebagai lokasi siri jelajah kali ini yang telah menampilkan Townhall Ikon Madani bersama Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dato’ Johari Abdul. 

Program ini turut menyantuni para pelajar dengan sesi penyerahan sumbangan kepada 1,000 mahasiswa daripada UKM yang diselaraskan oleh HEP-UKM, UPM, UiTM, UPNM,  USIM, UTMKL, UCMI dan KPTM dalam kategori asnaf. 

Jelajah ini juga membawakan penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Taruddin merangkap Presiden CTDK Holdings dalam satu sesi bual bicara dimana beliau berkongsi tentang rahsia kejayaannya.

Madani

Program Cakna Madani (JPA)

Pada 16 Jun, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa untuk bersama-sama pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) program bual bicara Cakna MADANI YAB Perdana Menteri bersama Pelajar Tajaan JPA di Institusi Pendidikan Tinggi, yang diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak.

Seramai 2,500 pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam negara termasuk 300 pelajar UKM dan luar negara yang hadir pada program ini secara fizikal dan dalam talian.

 

Program yang mengetengahkan Saudara Muhammad Yamin Mohd Sharohhuddin, Mantan Speaker KMUKM dimulakan dengan amanat dari YAB Perdana Menteri dan diteruskan dengan sesi dialog ini diadakan bagi menyantuni pelajar-pelajar tajaan JPA di universiti. 

Selain itu, penganjuran program ini juga adalah bagi menyediakan platform terbuka dan secara langsung bagi pelajar meluahkan pandangan mengenai isu pengajian dan menginspirasikan pelajar yang merupakan harapan negara terutamanya peranan mereka sebagai sumber tenaga mahir semasa di alam pekerjaan dan anggota masyarakat kelak.

Hadir sama ke majlis ini ialah Menteri Pendidikan Tinggi; Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Ketua Setiausaha Negara; Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; Dato’ Dr. Zulkapli bin Mohamed, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi; Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM; Prof. Emeritus Dato’ Dr. Abdul Razak Mohamad dan Naib Canselor UKM, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj Toriman. Selain itu turut hadir sama ialah Naib-naib Canselor Universiti, Timbalan-timbalan Naib Canselor Universiti, pengurusan tertinggi JPA, pengurusan tertinggi KPT dan pengurusan tertinggi UKM.

Majlis Pelancaran Rakan Muda
#NafasBaharu

Pada 25 Jun, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim melancarkan program Rakan Muda yang diberi nafas baharu bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM yang turut dihadiri oleh Sekretariat Rakan Muda UKM. Inisiatif Rakan Muda kini diperkasakan semula oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan objektif untuk menjadi platform pengisian masa berkualiti dan penyatuan perpaduan. 

Hadir sama, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh; Timbalan Menterinya, Adam Adli Abd Halim; dan Mantan Menteri Belia dan Sukan, Tan Sri Dato’ Abdul Ghani Othman merangkap pengasas inisiatif Rakan Muda tahun 1994. 

Majlis pelancaran ini turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak; Ahli LPU, Dato’ Dr. Mohd Zaidi Md Zain@Zakaria; Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman; Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr. Mohd. Suzeren Md. Jamil serta pengurusan tertinggi universiti.