PUSAT HAL EHWAL PELAJAR

PUSAT HAL EHWAL PELAJAR

UMAC 2023

University Young Motivator Competition

Pada 6 hingga 9 Jun, Unit Kaunseling dengan kerjasama Urus Setia Pembimbing Rakan Sebaya (UPRS) telah menganjurkan University Young Motivator Competition (U-MAC) UKM 2023 yang melibatkan seramai 20 orang peserta.

Johan bagi pertandingan U-MAC UKM 2023 telah dimenangi oleh saudara Alif Amirul bin Andi Majid, pelajar tahun 2 dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP). Naib Johan pula telah disandang oleh saudara Muhammad Daniel Bin Misni, pelajar tahun 3 dari Fakulti Undang-Undang (FUU). Manakala tempat ketiga pula disandang oleh saudara Muhammad Syabil Aiman Bin Mohd Hassri, pelajar tahun 1 dari Fakulti Pengajian Islam (FPI).

Tidak dilupakan juga ucapan tahniah kepada pemenang saguhati serta semua peserta U-MAC UKM 2023 yang telah berani menyerlahkan bakat sebagai seorang motivator muda.

Dua orang peserta akan mewakili UKM pada bulan Ogos bagi bertanding dengan IPTA yang lain di peringkat Intervarsity Young Motivator Competition (I-MAC) 2023 bertempat di Universiti Malaya (UM). Semoga kejayaan milik UKM!