MAJLIS RAMAH MESRA YB MENTERI BERSAMA WARGA KPT MENYAMBUT KETIBAAN RAMADHAN
Ketibaan bulan Ramadan Al Mubarak kali ini disambut meriah dengan kehadiran Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir yang mengambil kesempatan menunaikan solat Isyak dan tarawih di Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 12 Mac baru-baru ini
Dikesempatan ini juga, satu tazkirah Ramadan sebelum solat Isyak bermula telah disampaikan oleh Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kasim, Timbalan Dekan (Hal-ehwal Jaringan, Industri dan Masyarakat), Fakulti Pengajian Islam.
Turut hadir dan menunaikan solat isyak dan tarawih adalah Ahli Lembaga Pengarah UKM, YBhg. Dato’ Dr. Mohd Zaidi Md Zain@Zakaria; Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Kassim; TNC Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin; TNC Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil; Pendaftar, YBhg. Dato’ Dr. Syed Kamarudin Hj. Sadakkuthulla, Pro Naib Canselor Strategi dan Pembangunan Korporat, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan dan Pro Naib Canselor Penjanaan dan Prasarana, YBhg. Prof. Dr. Norhamidi Muhamad.
Lebih dari 1,000 jemaah telah hadir yang terdiri daripada pelajar, warga UKM dan penduduk sekitar Bangi bagi menunaikan solat tarawih dan diakhiri dengan moreh bersama YB Dato’ Seri serta mahasiswa UKM.