What are you looking for?

Opening of UKM Translation Grant Application (TR-UKM) Under the Research University Fund (UP) Year 2022

Pusat IDEA UKM (IDEA) akan membuka permohonan geran penyelidikan di bawah Dana Universiti Penyelidikan (UP) bagi Tahun 2022 bagi Geran Translasi UKM (TR-UKM).

Permohonan ini akan dibuka mulai 25 April 2022 sehingga 8 Jun 2022 dan dilaksanakan secara dalam talian menggunakan Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU) yang boleh diakses di pautan https://appsmu.ukm.my/smpu/.

Setiap permohonan perlu menepati kriteria penyelidikan, berkualiti dan mengikut garis panduan. Sila rujuk Garis Panduan yang terkini di laman web IDEA (http://ukm.my/ideaukm/muat-turun/) atau di SMPU. Setiap permohonan perlu melalui proses penilaian di peringkat fakulti/institut/pusat dan permohonan yang tidak melalui proses penilaian di peringkat fakulti/institut/pusat tidak akan dipertimbangkan untuk penilaian di peringkat UKM.

Sukacita pihak IDEA juga akan mengadakan Taklimat Permohonan Geran Translasi UKM (TR-UKM) secara dalam talian seperti pada ketetapan berikut:

Tarikh: 22 April 2022 (Jumaat)
Masa: 9.00 pagi
Platform: Aplikasi Webex
https://ukm.webex.com/ukm/j.php?MTID=mbd0a9aabb7ff75132dcfd7b6d1bb7d5f
Meeting number: 2642 407 8183
Meeting password: yBJ33AQHcr3

Bersama-sama ini disampaikan poster hebahan pembukaan geran, poster taklimat permohonan, jadual kerja, garis panduan, senarai semak dan dokumen-dokumen berkaitan geran untuk makluman dan rujukan.
Pautan Dokumen: https://drive.google.com/drive/folders/1tdFSoM_lDH8Th40pF4a7i4oB8ajo_Mgs?usp=sharing

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg.Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan boleh menghubungi pegawai IDEA, Cik Nurul Nadziffah di talian 03-89118265 atau Puan Nor Eloni di talian 03-89118263.

IDEA
18 APRIL 2022
Website IDEA-UKM: http://www.ukm.my/ideaukm/