Halaman Utama

Berita Terkini

Tentang Kami

Pusat IDEA UKM ialah pejabat strategik Penyelidikan dan Inovasi UKM. Selain menjadi pakar rujuk, Kluster Penyelidikan juga ditugaskan untuk mereka bentuk strategi dan memperkukuh ekosistem penyelidikan UKM dengan lebih teratur, cekap dan sistematik.

Selain itu, Kluster Penyelidikan ini juga akan meningkatkan dan mengukuhkan hubungan kerjasama dalam penyelidikan dalam dan luar negara melalui program penandaarasan dengan universiti ternama. Semua ini hanya akan dicapai dengan penglibatan dan sokongan padu semua penyelidik UKM sama ada penyelidik terkenal mahupun penyelidik muda.

Dana Cabaran Perdana (DCP)

IDEA UKM telah menawarkan sebanyak 127 projek penyelidikan dengan jumlah dana sebanyak RM11.5 juta tidak termasuk sumbangan RM1.2 juta daripada pihak berkepentingan (stakeholder)

Geran Penyelidikan Khas (GPK)

Geran Penyelidikan Khas (GPK) Top Down adalah merupakan satu projek penyelidikan bersifat quick win menerusi platform Kluster Penyelidikan UKM. Sebanyak 26 buah projek telah diberi kepercayaan menjalankan penyelidikan tersebut dengan agihan sebanyak RM 923,388.00.

Geran Translasi UKM (TR-UKM)

Geran Translasi UKM (TR-UKM) pada tahun 2021 telah meluluskan 24 Projek penyelidikan dengan kelulusan sebanyak RM 1.89 juta agihan dana dengan RM 69 ribu dana padanan daripada pihak industri