Halaman Utama

Berita Terkini

120 Kumpulan Penyelidikan Universiti

KPU UKM

Tentang Kami

Pejabat Strategik Penyelidikan dan Inovasi

Pusat IDEA berperanan sebagai pejabat strategik penyelidikan dan inovasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kami bertanggungjawab merancang, menyelaras dan memacu hala tuju penyelidikan universiti serta memperkukuh ekosistem inovasi secara menyeluruh, cekap dan sistematik.

Sebagai pusat rujukan kepakaran, Pusat IDEA menerajui Kluster Penyelidikan UKM yang memainkan peranan penting dalam merangka strategi penyelidikan, memperkasa keupayaan penyelidik, serta memperluas jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa menerusi inisiatif penandaarasan dan kolaborasi strategik.

Komitmen kami adalah untuk memperkukuh kecemerlangan penyelidikan UKM melalui penglibatan aktif seluruh komuniti penyelidik, daripada penyelidik muda hingga pakar tersohor, dalam usaha melonjakkan impak penyelidikan universiti kepada masyarakat, industri dan negara.

Pusat IDEA mengalu-alukan kerjasama strategik yang berteraskan nilai, integriti dan impak. Sertai kami dalam memacu inovasi dan penyelidikan berimpak tinggi.

Podcast Cetusan IDEA Episod 6

Podcast Cetusan IDEA Episod 5