Selamat Datang Profesor Dr. Ann Marie Murphy
IKMAS mengalu-alukan Profesor Dr. Ann Marie Murphy ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Profesor Ann merupakan Pengarah Center for Foreign Policy Studies at Seton Hall’s School of Diplomacy and International Relations dan Sarjana Penyelidikan Kanan di Weatherhead East Asian Institute, Seton Hall University, Amerika Syarikat (AS).
Beliau merupakan penerima ASEAN Fulbright U.S. Scholar Award for 2025–2026 dan akan berada di Malaysia sehingga bulan Mei 2026. Beliau akan menyampaikan seminar dan mengambil bahagian dalam perbincangan dengan Felo IKMAS dan pelajar pascasiswazah sepanjang penempatan beliau di IKMAS, UKM.
