Selamat Datang
Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) telah ditubuhkan secara rasminya pada bulan November 2002. IMEN merupakan satu inisiatif yang strategik untuk menjalankan aktiviti penyelidikan pelbagai disiplin dalam bidang Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik dan menyediakan pusat R & D kebangsaan Malaysia dalam bidang ini. Penyelidikan IMEN bertujuan untuk membangunkan teknologi dan sistem untuk aplikasi yang strategik. Visi kami adalah menjadi institut penyelidikan yang bertaraf dunia dalam bidang Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik dan misi kami adalah untuk membangunkan dan cemerlang dalam penyelidikan dalam bidang Mikro-Nanoelektronik maju, MEMS, teknologi microsensor, organik elektronik, fotonik dan teknologi VLSI yang dapat menyumbang kepada kemajuan teknologi Malaysia.
Prof. Dato’ Dr. Burhanuddin Yeop
MajlisPengarah
