Minggu Apresiasi Watan 2022/2023
(Last Updated On: )Sempena Minggu Apresiasi Watan 2022/2023 yang berlangsung pada 8-12 Oktober 2022, pegawai-pegawai dan warga kerja dari 4 PTj di bawah entiti HEPI iaitu CRIM, IDEA, PENERBIT dan INOVASI@UKM telah terlibat dalam menjayakan Prakarsa atau Domain Inovasi yang bertempat di kolej-kolej kediaman pelajar.
Program ini adalah sebagai pendedahan awal kepada pelajar baharu tentang fungsi dan peranan PTj yang berkenaan di samping melibatkan pelajar dengan aktiviti berkumpulan dalam menghasilkan idea baharu dan merekacipta produk inovasi sebagai langkah awal dalam bergelar inovator.
Di akhir program ini, pelajar dapat menambah pengetahuan tentang rekacipta dalam penghasilan produk inovasi seterusnya meningkatkan pengetahuan tentang perlindungan harta intelek dan kepentingan aktiviti pengkomersialan di universiti awam.
#inovasiukm #ukm #mingguapresiasiwatan