Pembukaan Permohonan Projek di bawah Inisiatif Public Private Research Network (PPRN)2.0 Fasa 1 Tahun 2024

Pembukaan Permohonan Projek di bawah Inisiatif Public Private Research Network (PPRN)2.0 Fasa 1 Tahun 2024
Adalah dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Seksyen Penyelidikan dan Public-Private Research Network (PPRN), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar telah membuka permohonan projek di bawah inisiatif Public Private Research Network (PPRN)2.0 Fasa 1 Tahun 2024, bermula pada 5 Disember 2023 sehingga 22 Januari 2024.
Penghantaran Borang Permohonan PPRN 2.0 pada peringkat UKM adalah selewat-lewatnya pada 18 Disember 2023 (Isnin).
Borang permohonan yang dihantar selepas tarikh tutup tidak akan diterima. Untuk pemohon yang tidak mempunyai akaun Sistem Portal PPRN, hendaklah melakukan pendaftaran akaun sistem terlebih dahulu menerusi : https://epprn.mohe.gov.my dan memaklumkan kepada urus setia Encik Firdaus Banhawi (INOVASI@UKM) bagi pengesahan pendaftaran tersebut.
Sekiranya terdapat sebarang persoalan mengenai PPRN, bolehlah hubungi Urus Setia PPRN-UKM, INOVASI@UKM iaitu Encik Firdaus Banhawi, firban@ukm.edu.my; 03-8921 4821.