PROGRAM KEPIMPINAN INOVASI DAN PENGKOMERSIALAN HARTA INTELEK (InnoCoL)
(Last Updated On: )Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan program InnoCoL yang melibatkan tiga siri iaitu:
Siri pertama (7-9 Feb 2023) yang memfokuskan kepada IP dan pengkomersialan termasuklah pengetahuan am berkaitan harta intelek, penyediaan term sheet dan penilaian IP . Program ini dilaksanakan di Hotel EDC, Kedah.
Siri kedua (6-8 Mac 2023) memfokuskan berkaitan aspek teknikal pendrafan paten meliputi carian novelti serta penyediaan spesikasi paten. Program ini dilaksanakan Hotel Raia, Kedah.
Siri ketiga (23-25 Mei 2023) memfokuskan berkaitan ekosistem pemindahan teknologi di dalam dan luar negara, design thinking, Lean Model Canvas, Market Validatan dan banyak lagi. Program ini dilaksanakan di Hotel Imperial, Sarawak.
UKM telah diwakili oleh dua pegawai di INOVASI@UKM iaitu En. Muhamad Fikri Rosli dan Cik Izzaidah binti Ishak. Kedua-dua mereka telah berjaya melengkapkan penyertaan bagi ketiga-tiga siri yang dianjurkan.