Public-Private Research Network (PPRN)
Dilancarkan pada 24 Februari 2015 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.
Satu model kerjasama strategik antara institusi pengajian tinggi, industri dan agensi-agensi kerajaan bagi menggalakkan program inovasi yang berasaskan permintaan dalam memacu pembangunan produktiviti dan inovasi negara.
Objektif utama adalah untuk mewujudkan knowledge-friendly ecosystem.
Garis Panduan
- Semua penyelidik daripada IPT
- Industri akan membentangkan permasalahan teknologi
- Penyelidik memberi cadangan bagaimana mereka boleh membantu industri
- Keutamaan akan diberi kepada projek yang boleh disiapkan dalam tempoh 6 bulan
- Pelaksanaan projek di luar skop kelulusan hendaklah dibiayai oleh syarikat berkenaan.
- Pembelian off-the-shelve solutions seperti pembelian produk, perisian atau perkhidmatan tidak akan dipertimbangkan
- Projek disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan dalam surat tawaran
- Tempoh projek – 6 bulan*
- Pembiayaan – RM 50,000 *
Maksimum 25% : bayaran profesional kepada penyelidik
Maksimum 5% : bayaran kos pentadbiran projek kepada Institusi
- KPT/PPRN akan membiayai sebahagian daripada kos keseluruhan projek dan syarikat perlu bersedia untuk turut bersama-sama membiayai kos pembangunan projek
- Nisbah peratus pecahan komitmen antara PPRN dan industri/perusahaan adalah seperti berikut:
PPRN : Syarikat bersaiz mikro = 90%:10%;
PPRN : Syarikat bersaiz kecil = 70%:30%;
PPRN : Syarikat bersaiz sederhana = 50%:50%; dan
PPRN : Syarikat bersaiz besar = 30%:70%.
Manfaat
- Kepakaran dan pengetahuan teknologi dapat diaplikasikan secara terus kepada industri/perusahaan dengan kadar langganan yang tinggi dan memenuhi keperluan mereka kerana ia berpacukan permintaan (demand driven).
- Pengalaman bekerjasama dengan industri/perusahaan boleh dijadikan sebagai input kajian kes dalam pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan kompetensi mereka sebagai tenaga pengajar.
Kriteria
- Kertas cadangan lengkap;
- Implikasi kos & tempoh yang efektif, praktikal dan cepat;
- Tidak mempunyai konflik kepentingan; dan
- Melibatkan bidang sains gunaan / kejuruteraan
Carta Alir Pelaksanaan Demand-Driven Innovation Project
Sektor Permasalahan oleh PPRN
Kejuruteraan & ICT
- Pembuatan
- Automotif
- Teknologi Hijau
- Pembinaan
- Teknologi maklumat
- Perisian
- Kejuruteraan Elektrik
- Kejuruteraan Mekanik
Sains & Perubatan
- Pertanian
- Bioteknologi
- Teknologi Sains Pemakanan
- Pemprosesan makanan
- Kesihatan