Kunjungan Hormat dari Jabatan Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke Unit Integriti & Ombudsman UKM
Unit Integriti & Ombudsman UKM telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 30 Jun 2025 bertempat di Bilik Majlis, Bangunan Canselori, UKM.
Kunjungan ini bertujuan untuk berkongsi pengetahuan, maklumat, kepakaran dan pengalaman berkaitan penubuhan serta pelaksanaan fungsi ombudsman di UKM kepada delegasi UiTM.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Hartini Saripan, Penasihat Undang-Undang UiTM dan Tuan Mohd Hafiz Ramlee, Pengarah Bahagian Integriti UiTM atas kesudian membawa delegasi UiTM dalam sesi penuh manfaat ini.
Semoga kunjungan ini menjadi titik permulaan kepada kerjasama strategik antara kedua-dua institusi dalam memperkukuh tadbir urus integriti serta pelaksanaan fungsi ombudsman secara lebih holistik dan berkesan di Universiti Awam.
