Pertandingan Poster Inspirasi Integriti@Warga
Pusat Integriti & Ombudsman ingin menjemput semua kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk menyertai Pertandingan Poster Inspirasi Integriti@Warga yang bertemakan “Integriti & Nilai Murni”. Pertandingan ini dianjurkan sempena dengan Hari Integriti Nasional Peringkat UKM 2026 yang akan diadakan pada 05 November 2026 (Khamis).
Tempoh Penyertaan: 08 –18 Oktober 2026
Pautan Syarat & Maklumat Penyertaan: Google Form
Hadiah: RM50.00 (Touch&Go)/Setiap Pemenang kepada 20 Pemenang Terbaik
Penyertaan ini adalah terbuka kepada semua warga UKM. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat ini di talian 03-8921 5009 / 4660 atau melalui e-mel integriti@ukm.edu.my.

