Edaran Sampul Raya Edisi Khas INTEGRITI
Pada Ramadan tahun ini, Pusat Integriti & Ombudsman tampil dengan kelainan apabila buat pertama kalinya mengedarkan sampul raya edisi khas “INTEGRITI”.
Sampul raya ini telah diagihkan kepada warga UKM yang bertuah di Persada Canselori pada 17 Mac 2026 (Selasa) yang lalu.
Semoga usaha kecil ini dapat menceriakan suasana Ramadan, dan semoga kelainan ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
