MESYUARAT MAJLIS PEGAWAI INTEGRITI UNIVERSITI AWAM (MPIUA) BIL. 1/2025 DAN BENGKEL HALA TUJU MPIUA 2025
Mesyuarat Majlis Pegawai Integriti Universiti Awam (MPIUA) Bil. 1/2025 dan Bengkel Hala Tuju MPIU telah dilaksanakan pada 27 hingga 29 April 2025, bertempat di Hotel Perdana, Kota Bharu dan Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Pengkalan Chepa.
Program ini telah menghimpunkan para Pegawai Integriti dari seluruh Universiti Awam sebagai medium perkongsian maklumat antara Unit Integriti, selain berperanan sebagai platform memperkukuh jaringan dan kerjasama strategik dalam usaha memperkasakan tadbir urus serta pelaksanaan fungsi integriti secara menyeluruh di institusi masing-masing. Program ini juga diselit dengan perkongsian mengenai pelaksanaan Fungsi Ombudsman di Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Unit Integriti & Ombudsman (UIO) telah diwakili oleh To’ Puan Dr. Tengku Elmi Azlina Tengku Muda (Menjalankan Tugas Ketua UIO), Encik Rajan Munusamy (Penolong Pendaftar Kanan/ Ketua Pentadbiran) dan Puan Nur Adriana Athirah Zulkafli (Penolong Pendaftar UIO).
Saksikan rakaman video pendek di Facebook MPIUA.































