Simposium Psikologi, Antirasuah, Integriti dan Penagihan

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  dan Unit Integriti & Ombudsman (UIO), Universiti Kebangsaan Malaysia telah menganjurkan Simposium Psikologi, Antirasuah, Integriti dan Penagihan pada 13 September 2022 di Auditorium Blok A Ibu Pejabat AADK. 

Simposium ini juga boleh ditonton melalui siaran langsung Facebook AADK dan platform Zoom Meeting.

Rakaman langsung Facebook bagi Bengkel Kemahiran bertajuk Teknik Asal Pemprofilan Psikologi yang disampaikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Mohammad Rahim Kamaludin, Ketua Unit Integriti & Ombudsman boleh disaksikan di pautan https://fb.watch/qKurM96ylp/.

YBhg. To’ Puan Dr. Tengku Elmi Azlina Tengku Muda, Ombudsman UKM pula merupakan Moderator bagi Forum bertajuk Hala Tuju Psikologi dalam Seting Pencegahan Rasuah, Integriti & Penagihan. Rakaman langsung forum ini boleh disaksikan di pautan https://fb.watch/qKuwbekE1o/.

Similar Posts