Jabatan Fizik Gunaan

 Fakulti Sains & Teknologi

Tempahan Ruang JFG

Tatacara Tempahan

A. TEMPAHAN RUANG JFG

  1. Permohonan tempahan ruang ini terbuka kepada kakitangan dalam dan luar FST.
  2. Pemohon dinasihatkan untuk menyemak kekosongan ruang terlebih dahulu melalui kalendar yang disediakan di bawah.
  3. Tempahan boleh dilakukan dengan mengisi Borang Permohonan Tempahan Ruang secara atas talian.
  4. Borang tersebut boleh diakses masing-masingnya melalui tab ruang JFG yang ingin dipohon di bawah.
  5. Sila gunakan pelayar Google Chrome untuk mendapatkan paparan dan keberfungsian sistem borang PTR-JFG yang terbaik.
  6. Terdapat tiga (3) ruang yang tersedia untuk ditempah dan digunakan, tertakluk kepada kekosongan.
  7. Semua ruang ini terletak di Aras 1, Bangunan Sains Fizik, Fakulti Sains & Teknologi.
  8. Waktu penggunaan ruang ini adalah dari jam 8:00 pagi – 5:00 petang.
  9. Bagi penggunaan ruang ini selepas waktu pejabat, pemohon perlu memastikan ruang ini dikunci sebelum meninggalkannya.
  10. Bagi penggunaan ruang ini pada hujung minggu (hari Sabtu dan/atau Ahad), sila maklumkan kepada urusetia terlebih dahulu sebelum membuat tempahan.

B. SEMAKAN TEMPAHAN

  1. Tempahan yang dilakukan akan didaftarkan terus secara automatik dalam kalendar bagi ruang yang dipilih.
  2. Pemohon dan urusetia akan menerima sesalinan Borang PTR tersebut melalui emel yang diberikan.
  3. Pemohon boleh terus menyemak tempahan yang telah dilakukan pada kalendar dalam laman sesawang Tempahan Ruang JFG.
  4. Sekiranya tempahan tidak direkodkan dalam kalendar tersebut, sila refresh semula halaman ini. Sekiranya masih tiada, boleh ajukan masalah ini kepada urusetia.
  5. Segala kemaskini selepas tempahan ruang dilakukan perlu melalui urusetia.
  6. Pemohon yang telah melakukan tempahan mempunyai hak menggunakan ruang tersebut mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.
  7. Pengguna yang telah membuat tempahan juga berhak meminta pengguna lain “BEREDAR” daripada masa/tarikh yang telah ditempah.

C. PEMBATALAN TEMPAHAN

  1. Untuk membatalkan permohonan, sila emelkan kepada urusetia pjfizik-fst@ukm.edu.my.
  2. Pihak Jabatan Fizik Gunaan berhak membatalkan mana-mana permohonan sekiranya terdapat keperluan lain yang perlu diutamakan.
  3.  Sila patuhi segala peraturan am penggunaan ruang ini.

Sebarang masalah boleh diajukan kepada Puan Hajar (03-8921 4246), En. Amir (03-8921 3049) atau Puan Farah (03-8921 5880).

Bilik Mesyuarat JFG

Kapasiti:

30 orang

Kemudahan:

  1. WIFI

  2. Skrin Layar

  3. Projector (LCD)

  4. Papan Putih Bergerak

  5. Penapis Air Minuman

Bilik Seminar Siswazah JFG

Kapasiti:

40 orang

Kemudahan:

  1. WIFI

  2. Skrin Layar

  3. Projector (LCD)

  4. Papan Putih Bergerak

Bilik Sumber JFG

Kapasiti:

30 orang

Kemudahan:

  1. WIFI

  2. Skrin Layar

  3. Projector (LCD)

  4. Papan Putih Bergerak

  5. Penapis Air Minuman