Prasiswazah FST

FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI

Prasiswazah

Sains Nuklear

Sains Nuklear merupakan satu cabang ilmu sains yang membabitkan pengeksploitasian penggunaan punca sinaran dari unsur radionuklid tabii dan buatan bagi kesejahteraan kehidupan. Sains Nuklear adalah satu bidang bersifat multidisplin yang memerlukan pengetahuan asas fizik, kimia, biologi dan matematik yang mantap. Bidang ini pada asasnya membabitkan tindak balas dan perubahan yang berlaku pada peringkat nukleus sesuatu unsur. Pelajar yang mengikuti Program Sains Nuklear akan mempelajari pelbagai aspek termasuklah asal-usul sinaran tabii dan buatan; punca dan kaedah penghasilan sinaran tabii dan buatan; kesan sinaran ke atas bahan, kehidupan dan sekitaran; aspek keselamatan, peraturan dan perundangan membabitkan penggunaan teknologi nuklear dan sinaran serta manfaat yang boleh digunapakai untuk kesejahteraan ummah. Aspek penggunaan ini merangkumi pelbagai potensi penggunaan yang terkini di Malaysia dan juga global seperti bidang perubatan; pembuatan; penjanaan tenaga daripada bahan radioaktif uranium dan plutonium; bidang pertanian dan makanan; radiografi dan ujian tanpa musnah serta dalam bidang persekitaran, penyelidikan dan barangan pengguna.

Kursus Major

Tahun 1

Tahun 2

Tahun 3

Tahun 4

Peluang Pekerjaan

Pensyarah

Prof. Ts. Dr. Faizal Bin K.P. Kunchi Mohamed

Biofizik Sinaran (faizalm@ukm.edu.my)

Prof. Madya Dr. Irman Bin Abdul Rahman

Biofizik Sinaran; Pengesanan Sinaran, Keselamatan dan Sekuriti Nuklear (irman@ukm.edu.my)

Prof. Madya Dr. Khoo Kok Siong

Analisis Pengaktifan Neutron, Radiokimia (khoo@ukm.edu.my)

Ts. ChM. Dr. Syazwani Binti Mohd Fadzil

Pengurusan Sisa Radioaktif, Radiokimia (syazwanimf@ukm.edu.my)

Ketua Program

Ts. Dr. Mohd Idzat bin Idris

Kejuruteraan dan Bahan Nuklear (idzat@ukm.edu.my)

Ts. ChM. Dr. Norsyahidah binti Mohd Hidzir

Kimia Sinaran, Biokimia (syahidah@ukm.edu.my)

Dr. Aznan Fazli Bin Ismail

Pengekstrakan Uranium dan Thorium, Penilaian Kesan Radiologi
(aznan@ukm.edu.my)

Dr. Imran Bin Yusuff

Fizik Zarah Eksperimen, Pembangunan Pengesan dan Instrumentasi
(imranyusuff@ukm.edu.my)

Ts. Dr. Ratna Suffhiyanni Omar

Fizik Nuklear, Fizik Perubatan
(ratna@ukm.edu.my)

Dr. Wan Nordiana Wan Abd Rahman

Fizik Perubatan, Radiobiologi, Radioterapi
(wnordiana@ukm.edu.my)

Syarat Kemasukan

Keperluan am:

  1. Mencapai 12 tahun pendidikan Sekolah Rendah dan Menengah; dan
  2. Menamatkan Sekolah Menengah (cth. Sijil Menengah Tinggi, Sijil Tamat Pengajian Menengah Kanan, Tawjihiyah, Ijazah Sekolah Menengah Atas, Diploma Sekolah Menengah); dan
  3. Memenuhi syarat minimum Bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh fakulti; dan
  4. Lulus temu duga UKM (jika diperlukan) ; dan
  5. Memenuhi keperluan khusus fakulti;

Keperluan program khusus:

Borang dan Pekeliling
Kalendar Akademik