Prasiswazah FST

FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI

Prasiswazah

Sains Bahan

Program Sains Bahan telah ditubuhkan pada tahun 1992 di bawah Fakulti Sains Fizis dan Gunaan (FSFG). Program ini telah memulakan pengambilan pelajar kumpulan pertama seramai 12 orang pada sesi 1992-1993. Pada tahun 1999, FSFG bersama-sama dengan tiga fakulti lain telah distruktur semula menjadi Fakulti Sains dan Teknologi (FST). Setelah penstrukturan FST, Program Sains Bahan merupakan salah satu program di bawah Jabatan Fizik Gunaan (JFG). Program di bawah JFG yang lain adalah Program Fizik dan Program Sains Nuklear. Program Sains Bahan telah melahirkan melebihi 1000 orang graduan sejak penubuhannya sehingga tahun 2021. Sains Bahan adalah suatu bidang ilmu multidisiplin yang mencakupi ilmu Fizik, Kimia dan Matematik.

Umumnya, Sains Bahan dikelompokkan kepada bahan asas utama seperti logam, polimer, seramik, komposit dan semikonduktor. Bidang pengetahuannya
merangkumi mikrostruktur dan sifat bahan, fabrikasi, ujian dan analisa serta aplikasi bahan. Pelajar-pelajar yang mengikuti Program Sains Bahan diwajibkan mengikuti Latihan Industri selama tidak kurang daripada 19 minggu di sektor industri atau agensi yang berkaitan dengan bahan. Melalui Latihan Industri pelajar akan mendapat pengalaman profesional dalam aspek teknikal dan pengurusan industri yang berkaitan dengan bahan. Bagi melengkapkan pelajar dengan teknik penyelidikan, pelajar wajib menjalankan kerja amali di makmal dan latihan ilmiah (projek tahun akhir) dalam bentuk projek penyelidikan dalam tempoh pengajian di Program Sains Bahan.

Kursus Major

Tahun 1

Tahun 2

Tahun 3

Tahun 4

Peluang Pekerjaan

Pensyarah

Prof. Dr. Sarani Zakaria

Pulpa dan Kertas, Komposit Lignoselulosa, Selulosa Dijana Semula dan Derivatif Selulosa, Pengubahsuaian kimia lignoselulosa, Bahan berfungsi Nano
(szakaria@ukm.edu.my)

Prof. Dr. Sahrim Hj. Ahmad

Campuran Polimer, Komposit Polimer, Polimer Magnet, Kertas Magnet, Komposit Bio, Bahan Magnet
(sahrim@ukm.edu.my)

Prof. Dr. Azman Jalar

Metalurgi dan bahan, Bahan elektronik, Pembungkusan elektronik
(azmn@ukm.edu.my)

Prof. Norinsan Kamil Othman

Sains dan Kejuruteraan Bahan, Sains Kakisan dan Metalurgi Fizikal, Kakisan Suhu Tinggi (insan@ukm.edu.my)

Prof. Ts. Dr. Chia Chin Hua

Nanokomposit dan Bahan Nano, polimer dan kefungsian berasaskan Bio (chia@ukm.edu.my)

Prof. Madya. Dr. Muhammad Azmi Abdul Hamid

Sains Bahan/Semikonduktor (II -VI), Mikroskopi Elektron, Nanoteknologi (azmi@ukm.edu.my)

Prof. Madya. Dr. Rozaidi Rasid

Pemprosesan Polimer, Reologi Polimer, Komposit Polimer (rozaidi@ukm.edu.my)

Prof. Madya Dr. Sharifah Nabihah Syed Jaafar

Kimia Boleh Diperbaharui, Bahan Lignoselulosa (nabihah@ukm.edu.my)

Dr. Siti Aisyah Shamsudin

Nanoteknologi dan Nanozarah, Kajian Struktur Kopolimer Blok (aisyah@ukm.edu.my)

Dr. Chen Ruey Shan

Campuran Polimer, Nanokomposit, Biokomposit, Bio-nanokomposit (chen@ukm.edu.my)

Dr. Husniyah Aliyah Lutpi

Bahan Seramik, Bahan Kaca-Seramik (husniyah@ukm.edu.my)

Syarat Kemasukan

Keperluan am:

  1. Mencapai 12 tahun pendidikan Sekolah Rendah dan Menengah; dan
  2. Menamatkan Sekolah Menengah (cth. Sijil Menengah Tinggi, Sijil Tamat Pengajian Menengah Kanan, Tawjihiyah, Ijazah Sekolah Menengah Atas, Diploma Sekolah Menengah); dan
  3. Memenuhi syarat minimum Bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh fakulti; dan
  4. Lulus temu duga UKM (jika diperlukan) ; dan
  5. Memenuhi keperluan khusus fakulti;

Keperluan program khusus:

Borang dan Pekeliling
Kalendar Akademik