Jemputan Menghadiri Seminar Fizik 2025 anjuran Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains & Teknologi, UKM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Dato’/ Profesor/ Tuan/ Puan,
Seminar Fizik anjuran Jabatan Fizik Gunaan, FST
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Jabatan Fizik Gunaan, FST akan mengadakan seminar tersebut di atas yang bertajuk Mengatasi Cabaran, Menggenggam Kemajuan: Catatan RIKEN yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh: 24 September 2025 (Rabu)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Bilik Sumber Fizik
Penceramah: Dr Shairah Abdul Razak, Pensyarah Kanan, Jabatan Fizik Gunaan, FST
Pautan Zoom: https://ukm-edu-my.zoom.us/j/94392190415?pwd=Dnbn2eb4qoYIFT7Uvl9f8kpjDCnaE5.1#success
Sehubungan itu, kehadiran YBhg. Dato’/ Profesor/ Tuan/ Puan amat dialu-alukan.
Bersama-sama ini dilampirkan poster untuk makluman dan perhatian.
Sekian, terima kasih dan Salam Hormat.
