Jemputan Menghadiri Seminar Fizik 2025 anjuran Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains & Teknologi, UKM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Profesor/ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan,
Jemputan Menghadiri Seminar Fizik Gunaan anjuran Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains & Teknologi, UKM
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Fizik Gunaan akan mengadakan seminar seperti di atas pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 9 April 2025 (Rabu)
Penceramah: Dr. Naif H. M. Al-Hardan
Tajuk: A Journey with Sensors
Masa: 9:30 pagi
Tempat : Bilik Seminar JFG
Sehubungan itu, pihak Jabatan amat berbesar hati menjemput YBhg. Profesor/ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan untuk bersama-sama memeriahkan program tersebut.
Kehadiran akan direkodkan dalam Sistem UrusBakat UKM.
Kesudian YBhg. Profesor/ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan memenuhi jemputan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Semua dijemput hadir.
Sekian dan Salam Hormat.

_______________________________________________________________________________________
