TAWARAN DERMASISWA JABATAN FIZIK GUNAAN: BANTUAN YURAN PENGAJIAN PENUH SEMESTER 1 SESI 2026/2027, JABATAN FIZIK GUNAAN, FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI, UKM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’/ Prof./ Tuan/ Puan/ Cik,

Sukacita dimaklumkan bahawa Dermasiswa bagi Semester 1 sesi 2026/2027 dibuka untuk permohonan bermula 17 Ogos 2026 hingga 15 September 2026.

Justeru, sukacita agar YBhg. Dato’/ Prof./ Tuan/ Puan/ Cik dapat memaklumkan dan menghebahkan kepada pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah seliaan masing-masing untuk memohon.

Sebarang pertanyaan lanjut, sukacita YBhg. Dato’/ Prof./ Tuan/ Puan/ Cik boleh emel ke pjfizik-fst@ukm.edu.my.

Kerjasama dan perhatian dari pihak YBhg. Dato’/ Prof./ Tuan/ Puan/ Cik dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian dan salam hormat.