TAWARAN DERMASISWA JABATAN FIZIK GUNAAN: BANTUAN YURAN PENGAJIAN PENUH SEMESTER 2 SESI 2023/2024, JABATAN FIZIK GUNAAN, FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI, UKM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’/ Prof./ Tuan/ Puan/ Cik,

TAWARAN DERMASISWA JABATAN FIZIK GUNAAN: BANTUAN YURAN PENGAJIAN PENUH SEMESTER 2 SESI 2023/2024, JABATAN FIZIK GUNAAN, FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI, UKM

Dengan hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara di atas.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM telah membuka tawaran tersebut seperti di atas (bantuan yuran pengajian sahaja) kepada pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah serta mendaftar secara sepenuh masa.

Bersama-sama ini dimajukan dokumen-dokumen yang berkaitan bagi tujuan permohonan ini. Dokumen berkenaan adalah seperti ketetapan berikut:

Lampiran A Kriteria Am Permohonan Dermasiswa

Lampiran B Tarikh Operasi Kerja Dermasiswa Sem 2 20232024

Lampiran C Borang Permohonan Tabung Dermasiswa JFG FST Sem 2 20232024

Justeru, sukacita agar YBhg. Dato’/ Prof./ Tuan/ Puan/ Cik dapat memaklumkan dan menghebahkan kepada pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah seliaan masing-masing untuk memohon.

Tarikh permohonan adalah pada 8 Februari 2024 hingga 22 Februari 2024. Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar selewat-selewatnya sebelum atau pada 22 Februari 2024 Khamis).

Sebarang pertanyaan lanjut, sukacita YBhg. Dato’/ Prof./ Tuan/ Puan/ Cik boleh emel ke pjfizik-fst@ukm.edu.my.

Kerjasama dan perhatian dari pihak YBhg. Dato’/ Prof./ Tuan/ Puan/ Cik dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian dan salam hormat.