Kesihatan awam merupakan satu disiplin sains yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal, mental dan sosial pada peringkat individu, keluarga dan masyarakat. Ia berfungsi melalui pelaksanaan langkah-langkah pencegahan yang melibatkan kerjasama antara individu, keluarga, masyarakat serta penyedia perkhidmatan perubatan dan kesihatan. Amalan kesihatan awam menekankan pengurusan sumber dan kemudahan bagi mencapai tahap kesihatan fizikal, mental dan sosial yang optimum dalam kalangan penduduk.
Skop kesihatan awam merangkumi perancangan, pengorganisasian, penyelarasan, pemantauan dan penilaian strategi/program kesihatan bagi memastikan perkhidmatan kesihatan yang komprehensif dapat memenuhi keperluan masyarakat serta dapat diakses, diterima dan digunakan oleh semua anggota masyarakat. Kesihatan awam telah diiktiraf sebagai salah satu disiplin yang berkembang dengan pesat di peringkat antarabangsa.
Pengkhususan dalam bidang kesihatan awam berkembang dari semasa ke semasa, bergantung kepada perkembangan dan keperluan sesebuah negara. Individu yang bertanggungjawab terhadap kesihatan masyarakat, sama ada di peringkat kebangsaan, negeri atau daerah, atau sebagai sebahagian daripada unit khusus dalam sesuatu perkhidmatan, perlu mempunyai latihan lanjutan dalam bidang kesihatan awam.
Fungsi utama kesihatan awam adalah:
|
Bil |
Jenis Pengajian |
|
1 |
Sepenuh Masa (Full Time) |
|
Bil |
Program Struktur |
|
Mod Campuran (Kerja Kursus & Penyelidikan)
|
|
Bil |
Syarat Pengajian |
|
1 |
Mempunyai Ijazah Doktor Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); atau Ijazah Doktor Perubatan daripada universiti lain yang diiktiraf oleh Senat Universiti Kebangsaan Malaysia; DAN |
|
2 |
Ijazah dalam Sarjana Kesihatan Masyarakat / Perubatan Masyarakat atau Kesihatan Awam dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atau universiti lain yang diiktiraf oleh Senat Universiti Kebangsaan Malaysia; DAN |
|
3 |
|
|
4 |
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.20 pada peringkat sarjana dan mendapat sekurang-kurangnya GRED B (nilai gred 3.00) dalam kursus asas / Prinsip Kesihatan Masyarakat / Perubatan Masyarakat / Kesihatan Awam seperti berikut:
|
|
5 |
Lulus temuduga yang dijalankan oleh jabatan |
|
Bil |
Tempoh Pengajian |
|
1 |
3 – 6 tahun (6 – 12 Semester) |
| Semester 1 | ||
|---|---|---|
| Kod kursus | Nama kursus | Kredit |
| FK 8114 | Pengurusan perkhidmatan kesihatan lanjutan | 4 |
| FK 8214 | Pendekatan komprehensif keselamatan dan kesihatan pekerjaan | 4 |
| FK 8314 | Statistik perubatan gunaan | 4 |
| FK8084 | Disertasi | 84 |
| Semester 2 | ||
|---|---|---|
| Kod kursus | Nama kursus | Kredit |
| FK 8424 | Pendekatan kitaran hayat dalam perkhidmatan dan perancangan program kesihatan keluarga | 4 |
| FK 8524 | Kesihatan persekitaran dan keselamatan makanan | 4 |
| FK 8623 | Kawalan penyakit berjangkit | 3 |
| FK 8723 | Kawalan penyakit tidak berjangkit | 3 |
| FK8084 | Disertasi | 84 |
| Semester 3 | ||
|---|---|---|
| Kod kursus | Nama kursus | Kredit |
| FK 8815 | Latihan sangkutan doktor kesihatan awam I | 5 |
| FK8084 | Disertasi | 84 |
| Semester 4 | ||
|---|---|---|
| Kod kursus | Nama kursus | Kredit |
| FK 8825 | Latihan sangkutan doktor kesihatan awam II | 5 |
| FK8084 | Disertasi | 84 |
| Semester 5 & 6 | ||
|---|---|---|
| Kod kursus | Nama kursus | Kredit |
| FK8084 | Disertasi | 84 |
© 2024. Jabatan Perubatan Kesihatan Awam