Kesan Amalan Pengurusan Sumber Manusia terhadap Komitmen Organisasi dan Prestasi Organisasi: Kajian Empirikal dalam Kalangan Pekerja Majlis Sukan Negeri di Malaysia
The Effects of Human Resource Management Practices on Organizational Commitment and Organizational Performance: An Empirical Study among Employees of State Sports Councils in Malaysia

Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA.

syazwanisafwan@uitm.edu.my

Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi
Universiti Teknologi MARA
70300 Seremban, Negeri Sembilan, MALAYSIA.

firdaus466@uitm.edu.my

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.

syukriabdullah@ukm.edu.my

Abstract

Amalan Pengurusan Sumber Manusia (PSM) memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan antara pekerja dan organisasi serta menyokong peningkatan prestasi dan keberkesanan operasi. Kajian ini bertujuan menilai hubungan antara amalan PSM dan prestasi organisasi dengan meneliti peranan pengantara komitmen organisasi. Data diperoleh daripada 280 orang pekerja Majlis Sukan Negeri (MSN) di Malaysia melalui reka bentuk tinjauan keratan rentas dan dianalisis menggunakan Pemodelan Persamaan Berstruktur (SEM). Dapatan menunjukkan bahawa amalan PSM mempunyai hubungan yang signifikan dengan komitmen organisasi dan prestasi organisasi. Komitmen organisasi juga mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi organisasi. Selain itu, analisis pengantaraan menunjukkan bahawa komitmen organisasi bertindak sebagai pengantara separa yang signifikan dalam hubungan antara amalan PSM dan prestasi organisasi. Dapatan ini menunjukkan bahawa amalan PSM bukan sahaja berkait secara langsung dengan prestasi organisasi, malah turut berkait secara tidak langsung melalui peningkatan komitmen pekerja. Kajian ini menyediakan bukti empirikal tentang kepentingan sistem PSM yang berkesan dalam memperkukuh komitmen pekerja dan seterusnya meningkatkan prestasi organisasi dalam konteks sektor sukan awam.

Keywords

Amalan pengurusan sumber manusia; komitmen organisasi; Majlis Sukan Negeri; Prestasi Organisasi; sektor sukan awam

Citation

Safwan, N. S. Z., Ahmad, M. F., & Abdullah, M. S. (2026). Kesan Amalan Pengurusan Sumber Manusia terhadap Komitmen Organisasi dan Prestasi Organisasi: Kajian Empirikal dalam Kalangan Pekerja Majlis Sukan Negeri di Malaysia. Jurnal Pengurusan, 77, -. https://doi.org/10.17576/pengurusan-2026-77-6

@article{safwan2026kesan,
  title={Kesan Amalan Pengurusan Sumber Manusia terhadap Komitmen Organisasi dan Prestasi Organisasi: Kajian Empirikal dalam Kalangan Pekerja Majlis Sukan Negeri di Malaysia},
  author={Safwan, Nur Syazwani Zulaikha and Ahmad, Mohamad Firdaus and Abdullah, Muhammad Syukri},
  journal={Jurnal Pengurusan},
  volume={77},
  number={},
  pages={–},
  year={2026},
  doi={https://doi.org/10.17576/pengurusan-2026-77-6},
  publisher={Penerbit UKM},
}

Export Bibliography:


   

Article received:  
Accepted for publication:  
Available online: 

Issue logo

77 (2026) –


Share via:


Receive updates when new articles are published