Dengan penuh penghargaan, program BESTARI ICON TALK: “Akademik, Minat dan Platform Digital” telah berjaya dilaksanakan pada 19 Mei 2026 bertempat di Foyer Kolej Aminuddin Baki.
Program ini menampilkan sesi perkongsian inspiratif bersama panel jemputan iaitu saudari Preti Kaur Gill dan saudara Muhammad Aqil Mustaqim, serta saudara Adib selaku moderator program. Pelbagai input dan pengalaman berkaitan akademik, pembangunan minat serta penggunaan platform digital telah dikongsikan sepanjang sesi berlangsung.