KOLEJ AMINUDDIN BAKI UKM

Tahun 2025

AGENDA PEMBANGUNAN MAMPAN DI PERINGKAT GLOBAL

Seramai 11 orang mahasiswa dan 2 orang felo penghuni dari Kolej Aminuddin Baki (KAB), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berjaya menyempurnakan Program Mobiliti Antarabangsa di Zhejiang Normal University (ZJNU), Hangzhou, China dari 30 Julai hingga 3 Ogos 2025 dan telah dianjurkan oleh Majlis Eksekutif Pelajar KAB sesi 2024/2025 yang diiringi Dr. Lai Wei Sieng, Pengetua KAB dan Dr. Mohd Fadhli Shah bin Khaidzir, Timbalan Pengetua KAB.
 
Bertemakan “Pembangunan Mampan: Strategi Pengurangan Jejak Karbon dan Peranan Kesukarelawanan dalam Mencapai Matlamat Pembangunan Lestari antara Malaysia dan China”, program ini mengetengahkan kajian bertajuk “A Comparative Study on the Perceptions of University Students Regarding Carbon Footprint and Environmental Care”.
 
Kajian ini memfokuskan tahap kesedaran mahasiswa terhadap penjagaan alam sekitar dan jejak karbon, selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG-3 & SDG-13).
 
Antara pengisian utama termasuk sesi pertukaran Letter of Intent (LOI) antara KAB UKM dan College of Life Sciences ZJNU sebagai inisiatif awal ke arah kerjasama akademik dan pertukaran budaya antarabangsa. LOI diserahkan oleh Dr. Lai Wei Sieng bagi pihak UKM kepada Profesor Dr. Zhu Ping Yang, Vice Dean, College of Life Sciences, bagi pihak ZNJU.
 
Sesi Perbincangan Meja Bulat (RTD) turut diadakan bersama pelajar ZJNU dan UKM bagi membincangkan peranan kesukarelawanan sebagai pemangkin pembangunan mampan.
 
Setinggi-tinggi penghargaan kepada HEP UKM, KMUKM, Yayasan Sukarelawan Siswa dan semua pihak yang menyokong pelaksanaan program ini. Semoga hubungan UKM-ZJNU terus kukuh dalam mendukung agenda SDG di peringkat global.