TAHUN 2026
๐๐๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐๐ค๐จ๐ฌ๐ข๐ฌ๐ญ๐๐ฆ ๐๐จ๐ฅ๐๐ฃ ๐๐๐๐ข๐๐ฆ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐๐ฅ๐๐ก๐ข๐ซ๐ค๐๐ง ๐๐ซ๐๐๐ฎ๐๐ง ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ซ๐๐๐ฒ๐ ๐๐๐ข๐ง๐
Kolej Aminuddin Baki (KAB), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama Universitas Muhammadiyah Malang (UMM) telah menjayakan program mobiliti outbound “SYNERGY ASEAN 2026: UKMโUMM Student Development, Employability and Campus Ecosystem Seminar” yang berlangsung di Universitas Muhammadiyah Malang, Indonesia pada 24 September 2026.
ย
Mengangkat tema โBeyond the Classroom: Transforming Campus Ecosystem to Develop Future-Ready ASEAN Graduatesโ, program ini memberi penekanan kepada peranan ekosistem kampus, khususnya kolej kediaman, dalam memperkukuh pembangunan sahsiah, kepimpinan, kemahiran insaniah dan kebolehpasaran graduan.
ย
Program dimulakan dengan sesi Keynote Address yang menampilkan dua pembentang, iaitu Dr. Lai Wei Sieng, Pengetua Kolej Aminuddin Baki, UKM, yang membentangkan tajuk โArchitecting Future-Ready Graduates: The Role of Residential College Ecosystems in Building Employabilityโ, serta Dr. M.S. Wahyudi, Dekan Fakulti Ekonomi dan Bisnes, UMM, yang mengetengahkan tajuk โInstitutional Character Building & Student Development Initiativesโ.
Selain itu, Forum bertajuk โFrom Dormitory Management Experiences to CV Highlights: Translating College Leadership into Career Successโ membincangkan bagaimana pengalaman penglibatan dan kepimpinan pelajar di kolej kediaman boleh diterjemahkan kepada kompetensi serta nilai tambah dalam pembangunan kerjaya. Forum tersebut menampilkan Dr. Syajarul Imna, Timbalan Pengetua Kolej Aminuddin Baki; Dr. Nurul Asfiah, Ketua Bahagian Latihan Pensyarah dan Pelajar, Pusat Pembangunan Sumber Manusia UMM; Muhammad Amir, Mantan Ketua Eksekutif Majlis Eksekutif Pelajar KAB, serta Salwa, wakil pelajar UMM.
ย
Perkongsian yang diketengahkan turut memperlihatkan bahawa kolej kediaman bukan sekadar berfungsi sebagai tempat penginapan pelajar, malah berpotensi menjadi ekosistem pembelajaran, kepimpinan dan pembangunan kerjaya yang melengkapkan pembelajaran formal di bilik kuliah. Di samping itu, program ini memberikan ruang kepada pelajar UKM dan UMM untuk berkongsi pengalaman, idea dan inisiatif pelajar, sekali gus menggalakkan pertukaran pengetahuan serta pendedahan silang budaya dalam kalangan peserta.
ย
Penganjuran SYNERGY ASEAN 2026 mencerminkan usaha berterusan UKM dan UMM untuk memperluas jaringan kerjasama serantau melalui pembangunan pelajar yang lebih holistik. Pendekatan ini selaras dengan keperluan semasa untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan akademik, tetapi turut memiliki kemahiran komunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan, penyelesaian masalah, kreativiti, kebolehsuaian dan keupayaan bekerja dalam persekitaran antarabangsa.
ย
Program ini diharapkan dapat menjadi asas kepada lebih banyak inisiatif bersama UKM dan UMM dalam bidang pembangunan pelajar, mobiliti antarabangsa, kebolehpasaran graduan, kepimpinan, keusahawanan, inovasi dan pembangunan kolej kediaman pada masa akan datang.