KDO Menerima Anugerah Komitmen Terbaik
UKM, 17 September – Universiti Kebangsaan Malaysia telah menganjurkan pertandingan kawad kaki bersempena Sambutan Hari Malaysia ke-57 bertempat di stadium UKM dengan tema “Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta”. Kolej Dato’ Onn telah menghantar seramai 70 orang pelajar dengan diketuai oleh saudara Adri Ibrahim. KDO telah memilih hijau kuning dipadankan dengan corak harimau pada muka peserta sebagai tema untuk pertandingan kali ini dengan membawa konsep “Kawad Formasi”.
Pertandingan dimulakan dengan persembahan kawad hormat pasukan unit beruniform yang terdiri daripada pasukan PALAPES, SUKSIS, SISPA, BSMM dan Pasukan Keselamatan UKM. Kontinjen KDO memulakan perbarisan dengan perarakkan masuk pembawa bendera diikuti oleh ahli perbarisan yang lain. Persembahan formasi yang unik oleh kontinjen KDO telah mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.

Penganjur turut memberi ruang kepada Tunas Permata UKM untuk menyertai perarakan tersebut. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan perutusan kemerdekaan oleh Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali. Johan Hari Perbarisan UKM telah dimenangi oleh Kolej Tun Syed Nasir. KDO juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila Berjaya meraih Anugerah Komitmen Terbaik. Tahniah dan syabas diucapkan kepada kontinjen Kolej Dato’ Onn.

Oleh: Mohd Nur Azim