CERAMAH MAULIDUR RASUL SESI 2019/2020

Pada Tarikh 21 november 2019, telah berlangsungnya satu majlis keagamaan yang dipimpin oleh Eksekutif Kerohanian dan Pembangunan Sivik, Muhammad Zamri Bin Maddimunri sebagai ketua program iaitu ceramah Maulidur Rasul. Ceramah itu dihadiri seramai 43 orang bertempat di Bilik Eksklusi, Kolej Dato’ Onn. Nama penceramah adalah Ustaz Akhbar Kinas. Program ini telah mendapat sambutan yang baik daripada para pelajar muslim Kolej Dato’ Onn.

            Antara pengisian semasa program ini berlangsung adalah tajuk utama penceramah adalah bertemakan ‘Hadirmu Membawa Rahmat, Membentuk Ummah Sejahtera’. Program ini bukan sahaja khusus kepada ceramah. Akan tetapi mempunyai selingan persembahan nasyid yang dipersembahkan dari kalangan ahli Jawatankuasa Surau Baitul Rahman sendiri. Ianya juga merupakan salah satu cara untuk kita sentiasa mengingati Rasulullah SAW. Ceramah itu berkenaan dengan sirah Rasulullah SAW dalam menegakkan syiar Islam serta cara hidup Islam yang syumul.

Ceramah maulidur Rasul ini juga bertujuan meningkatkan kefahaman tentang sirah Rasulullah SAW kepada pelajar Kolej Dato’ Onn. Selain itu, melalui ceramah ini juga, para pelajar boleh mencontohi akhlak dan peribadi baik Rasulullah SAW agar pelajar boleh mencontohi akhlak dan peribadi baik Rasulullah SAW. Memberi pendedahan berkenaan dengan sunnah Rasulullah SAW yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Kesan daripada program ini, pelajar dapat mencontohi akhlak yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW serta dapat menjadikan diri sentiasa mengikuti sunnah Rasulullah SAW.

Disediakan oleh : Faqri Farabi