JOM ZUMBA SESI 2019/2020

Jom Zumba merupakan sebuah program dibawah kelolaan Jawatankuasa Kebudayaan dan Warisan (DARISA) dengan kerjasama Jawatankuasa Sukan dan Rekreasi (SUKRA), Kolej Dato’ Onn sebagai satu usaha sama dalam menerapkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kolej. Program ini adalah bertujuan untuk memastikan para mahasiswa Kolej Dato’ Onn dapat meluangkan sedikit masa untuk melakukan aktiviti riadah bagi mengekalkan kecergasan tubuh badan. Amalan gaya hidup yang seimbang adalah amat penting untuk mahasiswa supaya dapat memperoleh hasil yang terbaik dalam segala perkara yang dilakukan kerana minda yang cerdas lahir dari tubuh badan yang cergas.

Pemilihan aktiviti zumba adalah kerana ianya tidak dilihat sebagai satu senaman yang berat dan para peserta dapat menghilangkan tekanan disamping dapat bersenam. Melalui program ini juga, para mahasiwa Kolej Dato’ Onn dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain. Walaupun berkonsepkan santai, program ini tetap berharap agar dapat memupuk semangat para peserta dalam mengekalkan amalan gaya hidup yang sihat.

Disediakan oleh : Nur Suraya Suhaila