MALAM APRESIASI GEMILANG SESI 2018/2019

Malam Apresiasi Gemilang (MAG) merupakan program makan malam tahunan kolej yang diadakan bagi meraikan pelajar tahun akhir yang bakal menamatkan sesi pengajian mereka dan juga warga kolej keseluruhannya. Disamping itu, program ini bertujuan untuk menghargai sumbangan dan pencapaian cemerlang warga Kolej Dato’Onn (KDO) yang terdiri daripada mahasiswa/i, majlis felo dan kakitangan kolej sepanjang sesi berkenaan.

Penghargaan dalam majlis MAG ini disampaikan dalam bentuk penyampaian anugerah. Terdapat beberapa anugerah utama yang merangkumi aspek akademik dan kokurikulum. Penghargaan daripada aspek akademik diberikan kepada mahasiswa/i KDO yang cemerlang dalam bidang akademik dengan memperolehi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.67 dan ke atas mengikut fakulti masing-masing.

Selain itu, penghargaan bagi aspek kokurikulum terbahagi kepada beberapa kategori yang melibatkan anugerah individu, kelab dan program berimpak. Majlis MAG ini turut memberi penganugerahan kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat kepimpinan terpuji di KDO dan seterusnya berjaya menaikkan nama kolej dengan program di bawah kelolaan mereka. Penganugerahan ini mampu menyuntik semangat mahasiswa/i KDO untuk terus cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan pembangunan mahasiswa/i.

Akhir sekali, tema bagi MAG berbeza setiap tahun mengikut kesesuaian semasa dan kesinambungan aktiviti pelajar di samping menonjolkan elemen jati diri kebangsaan selaras dengan aspirasi universiti.

Disediakan oleh : Amirah Azmi