PERMOHONAN MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR SESI 2021/2022 KOLEJ DATO’ ONN

PERMOHONAN JAWATAN MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR KOLEJ DATO’ ONN

Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar prasiswazah UKM yang mempunyai minat dalam kepimpinan untuk mengisi Jawatan Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Dato’ Onn Sesi 2021/2022 seperti maklumat dibawah:

Jawatan: MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR
Kolej: Dato’ Onn
Sesi: 2021/2022
Tarikh Tutup: 1 Julai 2021

Kelayakan:

1. Terbuka kepada pelajar prasiswazah sahaja.
2. Memperoleh PNGK tidak kurang dari 2.75.
3. Pelajar tahun akhir tidak layak memohon.
4. Setiap pemohonan diminta untuk memilih 2 jawatan/portfolio.
5. Mempunyai semangat & jiwa bagi membangunkan kecemerlangan Kolej Dato’ Onn

Cara memohon mengisi borang pada link:

https://bit.ly/35RxXLK atau imbas kod QR yang tertera pada poster.

Tarikh tutup permohonan adalah Khamis, 1 Julai 2021. Calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga.

 

CARA PERMOHONAN

Cara permohonan adalah seperti berikut:

1. Calon perlu mengisi permohonan Google Form dengan lengkap.

2. Calon perlu sertakan resume atau curriculum vitae (CV).

3. Pautan video tugasan perlu yang telah dimuat naik di YouTube atau Google Drive perlu di hantar di dalam ruangan Google Form.
    Intipati video:

Video resume (pengenalan ringkas, bakat & pencapaian)
‘Sekiranya saya menjadi Majlis Eksekutif Pelajar kolej…’ (tajuk tugasan)
• Durasi video tidak melebihi 2 minit.

4. Sekiranya salah satu daripada perkara di atas tidak dipenuhi, permohonan akan ditolak.

 

SELAMAT MAJU JAYA

Sekian, terima kasih.

KOLEJ DATO’ ONN

PERTAMA DALAM SEMUA