PIMPIN 360°

BANGI, 6 OGOS 2018 – Kolej Dato’ Onn, UKM telah menganjurkan kursus kepimpinan pelajar peringkat kolej yang di sertai oleh semua Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) dan Ketua Kelab kolej tersebut bagi sesi 2018/2019. Kursus ini berlangsung dari 4 Ogos 2018 hingga 6 Ogos 2018.

Kursus Pimpin 360o tersebut yang dikendalikan oleh Majlis Felo KDO melibatkan seramai 24 orang pemimpin pelajar kolej tersebut dan berlangsung di Bilik Eksklusif, KDO.

Antara objektif yang ingin dicapai melalui pelaksanaan program ini adalah memberikan pendedahan kepada semua MEP dan ketua kelab mengenai pengurusan projek pelajar melalui perkongsian oleh pihak seperti wakil pentadbiran Kolej Dato’ Onn dan juga UKM-SISWA.

Selain daripada itu, peserta juga didedahkan dengan pelbagai latihan dalam kumpulan (LDK) bagi memupuk semangat kepimpinan dan kerjasama dalam kumpulan. Disamping itu, para peserta juga turut berpeluang mendengar aktiviti kesukarelawanan yang disampaikan sendiri oleh wakil daripada Angkatan Sukarelawan Asas Sejahtera (ASAS).

Turut terlibat dalam kursus ini adalah Ayahnda Pengetua, Dr. Mohammad Azul Mohd Salleh dan juga Timbalan Pengetua, En. Basir Bahir. Mereka berkongsi mengenai hala tuju kepimpinan kolej serta aspirasi yang perlu menjadi tunjang kepada kepimpinan pelajar.

Pada sesi hari terakhir Pimpin 360o ini, semua peserta dikehendaki membentang perancangan program yang bakal dijalankan sepanjang sesi 2018/2019. Ini membolehkan pihak pentadbiran menyusun takwim kolej disamping memberikan mereka membuat persediaan awal untuk pelaksanaan aktiviti pelajar.

Disediakan oleh: Hadrry Rony
Foto: Majlis Felo, KDO