SAMBUTAN HARI MALAYSIA UKM 2018

Pada 21 September 2018, sambutan Hari  Malaysia telah diadakan oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertempat di Stadium UKM dan telah disambut dengan meriah sekali dengan kehadiran mahasiswa dan mahasiswi UKM. Hari Malaysia ini disambut bagi memperingati pembentukan negara Malaysia , di samping memupuk semangat keharmonian dalam kalangan warga UKM.

Oleh itu, sempena Hari Malaysia, Kolej Dato’ Onn telah menyertai perbarisan yang menjadi acara tahunan UKM. Dengan menghantar penyertaan seramai 130 orang warga KDO yang terdiri daripada pelbagai kaum. Kontinjen Kolej Dato’ Onn sekaligus merupakan kontinjen yang teramai daripada 12 kolej yang terlibat dan berjaya memenangi Perak bagi kategori Anugerah Kolej Berpotensi.

Tema “Sayangi Malaysiaku” dipilih sempena Sambutan Hari Malaysia UKM 2018 dan telah menjadi keutamaan bagi Kolej Dato’ Onn lantas menampilkan empat segmen utama dalam persembahan iaitu KESATUAN NEGERI-NEGERI yang menunjukkan simbolik kepada penyatuan negeri semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Manakala, KETOKOHAN iaitu mengangkat semangat pejuang-pejuang pembentukan Malaysia dan tokoh-tokoh pembangunan Malaysia. Seterusnya,  MUHIBBAH pula iaitu proses keraian dan keharmonian semua kaum di Malaysia. Akhir sekali, segmen SAYANGI MALAYSIAKU iaitu memaparkan semangat patriotik dan cinta akan Malaysia.

Kontinjen Kolej Dato’ Onn dibimbing oleh Artis Budaya UKM iaitu Encik Muhammad Fadhil Bin Che Sukarna, dipantau oleh Cik Diana Binti Johan, Felo Kediaman bagi portfolio Kebudayaan, Seni dan Warisan serta kontijen diketuai oleh Saudari Nurazliyana Binti Ahmad, Eksekutif Kebudayaan, Seni dan Warisan, Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Dato’ Onn.

Semoga dengan penyertaan dan keterlibatan Kolej Dato’ Onn dalam program seperti ini akan memberikan impak yang positif kepada hubungan keharmonian antara warga UKM secara amnya.

 

Disediakan oleh: Nurazliyana Binti Ahmad
Foto oleh: Dato’ Onn Production and Events (DOPE)