Perjumpaan KESUKMA Bersama Pengurusan PTM 2025


Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (KESUKMA) menjemput seluruh warga UKM, khususnya staf Skim B Gred 1-8 untuk menyertai Sesi Libat Urus Skim B: Hala Tuju Kerjaya dan Pemerkasaan Staf Gred B1-B8 seperti ketetapan berikut: Tarikh: 2 Julai 2026 (Khamis) Masa: 10.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari Platform: Dalam Talian (Zoom) https://bit.ly/SkimB Panel Bersama: Barudin…
Universiti Kebangsaan Malaysia telah dipilih oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Pekerja, Kementerian Sumber Manusia untuk penganjuran bengkel. Bengkel Electronic Trade Union Information System (e-TUIS) Siri 2 Tahun 2025 telah diadakan di Makmal Siber PTSL pada 19 Mei 2025. Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) ini bertujuan untuk memperkukuh kefahaman pegawai kesatuan dalam aspek…
Setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Barudin Bin Baharin, Presiden KESUKMA atas pelantikan sebagai Anggota Lembaga Koperasi (ALK) Koperasi UNIKEB Berhad (Sesi 2026 – 2029). Semoga pelantikan ini membawa lembaran baharu yang penuh kecemerlangan, serta dipermudahkan segala urusan dalam memikul amanah demi kemajuan koperasi dan kebajikan kita bersama. Ikhlas daripada Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja serta seluruh ahli…
Kesatuan Kakitangan Am UKM (KESUKMA) dengan sukacitanya menjemput seluruh ahli untuk menyertai Bengkel Pengukuhan Peranan KESUKMA 2026. Bengkel ini dianjurkan khas bagi membolehkan ahli berkumpul, berbincang mengenai hala tuju KESUKMA, mengasah bakat kepimpinan, serta mengeratkan silaturahim sesama ahli. Ini juga merupakan peluang emas untuk anda menyuarakan idea, pandangan, dan cadangan segar demi kebaikan serta kesejahteraan…
Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (KESUKMA) antara wakil kesatuan yang diberi ruang untuk bersama dalam pertemuan strategik delegasi Majlis Gabungan Kesatuan Kakitangan Universiti Awam Malaysia (GAKUM) bersama YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir. Menteri Pendidikan Tinggi pada 7 September 2026 di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). UKM dalam pertemuan tersebut diwakili oleh Encik…
KESUKMA Hadir ke Sesi Libat Urus (SLU) Kajian Semula Perintah Gaji Minimum (PGM) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia. Dalam Sesi ini KESUKMA telah menyatakan pandangan terus kepada Timbalan Menteri menegaskan bahawa kadar semasa RM1,700 perlu ditingkat ke satu…