𝐊𝐄𝐒𝐔𝐊𝐌𝐀 𝐔𝐊𝐌 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐊𝐨𝐧𝐯𝐞𝐧𝐬𝐲𝐞𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐚𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔
Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (KESUKMA) hadir ke Konvensyen Kebangsaan Kesatuan Sekerja Tahun 2026 yang berlangsung di The Vertical Connexion Conference & Event Centre, Bangsar South City pada 10 September 2026. Penyertaan KESUKMA menandakan komitmen berterusan UKM dalam memelihara kebajikan dan keharmonian warga kerja khususnya staf pelaksana universiti di peringkat kebangsaan. Majlis berprestij anjuran Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Selangor & Wilayah Persekutuan ini telah dirasmikan oleh Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan.
KESUKMA yang diterajui oleh Presidennya, Encik Barudin Baharin telah memberikan impak penting kepada perancangan masa depan warga kerja UKM dalam mendepani arus era pendigitalan dan transformasi sektor pekerjaan menuju tahun 2030. Perkongsian dalam konvensyen ini memberi input terbaik dalam merangka strategi proaktif bagi memastikan kemahiran, keselamatan dan kebajikan kakitangan am UKM kekal relevan serta terlindung. Kehadiran ini secara tidak langsung meletakkan KESUKMA sebagai kesatuan sekerja yang dinamik, berpandangan jauh, dan sentiasa bersedia membawa suara serta aspirasi warga kerja pelaksana UKM ke tahap yang lebih tinggi.
Turut hadir YBrs. Tuan Haji Bashah Bachik Ketua Pengarah, JHEKS Malaysia; Timbalan Presiden KESUKMA, Encik Ahmad Amin Ahmad Ltif dan pemimpin tertinggi kesatuan Malaysia.
Gambar penuh di Facebook KESUKMA
