HCTM Terima Lawatan Health and Social Services Union of Turkiye, Perkukuh Penanan Kesatuan dan kerjasama Strategik

Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menerima kunjungan delegasi daripada 𝘏𝘦𝘒𝘭𝘡𝘩 𝘒𝘯π˜₯ 𝘚𝘰𝘀π˜ͺ𝘒𝘭 𝘚𝘦𝘳𝘷π˜ͺ𝘀𝘦𝘴 𝘞𝘰𝘳𝘬𝘦𝘳𝘴 𝘜𝘯π˜ͺ𝘰𝘯 𝘰𝘧 π˜›π˜Άπ˜³π˜¬π˜ͺ𝘺𝘦 dan Majlis Gabungan Presiden dan Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja Kementerian Kesihatan Malaysia (MAPSU) pada 22 April 2026.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Presiden kesatuan dari Turkiye, Encik Devlet Sert, manakala pihak MAPSU diketuai oleh Setiausaha MAPSU, Encik Reostam Bin Dzahar. Ketibaan delegasi telah disambut oleh Pengarah HCTM, YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin dan Encik Barudin Bin Baharin, Presiden Kesatuan Kakitangan Am UKM (KESUKMA).

Lawatan ini bertujuan melihat aspek pengurusan hospital serta peranan kesatuan sebagai entiti yang menjaga kebajikan staf di universiti. Pertukaran idea antara UKM dan delegasi ini dapat membawa impak positif terhadap pembangunan organisasi pekerja, selain mempereratkan lagi hubungan diplomatik dan profesional dalam pengurusan masing-masing.

Hadir bersama dalam majlis ini adalah barisan pengurusan hospital serta wakil KESUKMA UKM.

Gambar penuh di Facebook KESUKMA

Similar Posts