Kunjungan Hormat KESUKMA ke Pejabat Bendahari UKM

Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (KESUKMA) mengadakan perjumpaan bersama Norini Mohamad, Bendahari UKM sebagai langkah proaktif dalam memperkukuh jalinan kerjasama serta komunikasi antara pihak kesatuan dan pengurusan universiti.

Perjumpaan ini telah membincangkan pelbagai perkara berkaitan kebajikan kakitangan am, terutamanya yang melibatkan aspek kewangan. Diharapkan agar hasil daripada kunjungan hormat ini dapat memberikan impak positif kepada produktiviti kakitangan serta mempereratkan lagi hubungan ukhuwah antara organisasi di bawah naungan universiti.

Hadir pada sesi ini adalah Encik Barudin Baharin, Presiden, Puan Siti Noorazilal, Penolong Setiauasa serta Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja KESUKMA, Encik Jeffri, Encik Muhamad Helmie dan Encik Muhd Nuurul Iman.

Gambar lain klik disini

Similar Posts