Kehadiran warga asing ke Malaysia merupakan peluang untuk mengembangkan bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa dan hal ini memerlukan perancangan dan tindakan yang tepat. Justeru, kumpulan penyelidik dari UKM dan UPM yang menerima geran penyelidikan FRGS/1/2015/SSI01/UKM/02/9 daripada Kementerian Pendidikan Tinggi, Malaysia membangunkan Kit Pembelajaran Bahasa Melayu (KPBM) untuk penutur asing ini sebagai satu kaedah pembelajaran secara atas talian tanpa bergantung kepada guru atau kelas pembelajaran sepenuhnya. Pengguna Kit ini bebas menggunakannya secara kendiri atau bersama rakan-rakan.

Kit pembelajaran ini mengandungi dua bahan pembelajaran iaitu Bahan Bertulis (e-buku) dan Bahan Multimedia (Video Rakan Bahasa) yang dapat diakses melalui tab Menu dalam KPBM ini. Bahan bantu ajar utama KPBM adalah Bahan Video yang mengandungi 11 tema pembelajaran berkenaan situasi perbualan seharian masyarakat Malaysia. Kit pembelajaran ini turut menawarkan Latihan bagi tujuan pengukuhan setelah sesi pembelajaran selesai mengikut setiap tema dalam bahan bertulis mahupun video. Semoga kit ini dapat membuka peluang kepada penutur asing di seluruh dunia untuk lebih berminat mempelajari bahasa Melayu.

SEMOGA PENGGUNA KPBM INI BERHASIL MENEMUI KEJAYAAN!

 

Hak Cipta Kit ini terpelihara

(No. IP: F1896)