SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

A: Maklumat Pertandingan

  • Pertandingan dibuka dari 15 September 2016 hingga 28 Februari 2017.
  • Penyertaan adalah percuma.
  • Video yang dihasilkan mestilah menggunakan bahasa Melayu yang sesuai untuk penutur asing pada peringkat asas.
  • Video yang dihasilkan mestilah berdasarkan salah satu tema perbualan seharian penutur bahasa Melayu seperti yang berikut:
    1. Pengenalan diri dan Sapaan
    2. Pengenalan tentang keluarga
    3. Urusan di kaunter
    4. Membeli-belah
    5. Makanan tradisional
    6. Sistem pengangkutan
    7. Alam sekitar dan cuaca
    8. Perayaan
    9. Pekerjaan
    10. Pengenalan tentang permainan rakyat/permainan tradisional Melayu.
  • Tempoh rakaman video adalah antara tiga hingga lima minit (3-5) sahaja.

B: Peserta Pertandingan

  • Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
  • Penyertaan dibuka secara berkumpulan , dua hingga empat (2-4) orang.

C: Syarat Pertandingan

  1. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan.
  2. Setiap penyertaan akan disahkan oleh urus setia.
  3. Peserta bebas memilih pelakon dari kalangan peserta atau orang lain, dan boleh menggunakan grafik atau animasi mengikut kreativiti masing-masing.
  4. Video boleh dihasilkan dalam bentuk dialog, sketsa pendek atau teknik-teknik baharu lain yang dianggap rasional.
  5. Video yang dihasilkan hendaklah memaparkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.
  6. Video yang dihasilkan tidak boleh menyinggung mana-mana pihak dan tidak mengandungi isu sensitif.
  7. Video yang dihasilkan mestilah asli.
  8. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak
    asli/dijiplak daripada karya lain.
  9. Penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap.
  10. Keputusan Panel Juri adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan
  11. Hak cipta video adalah milik peserta. Penganjur mempunyai hak bukan eksklusif bebas royalti untuk menggunakan video bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran, dan tujuan-tujuan lain selagi tidak melanggar hak moral peserta.
  12. Hak cipta video adalah milik peserta, tetapi peserta hendaklah membenarkan penganjur menggunakan video tersebut untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
  13. Peserta membenarkan Video yang dipertandingkan dimuat naik dalam YouTube dan laman web rasmi urus setia.
  14. Peserta membenarkan urus setia membuat suntingan terhadap video yang menyertai pertandingan bagi tujuan penyiaran.
  15. Peserta bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan tiada apa-apa perlanggaran hakcipta pihak ketiga dalam video yang dipertandingkan. Penganjur tidak bertanggungan ke atas apa-apa tuntutan oleh pihak ketiga.
  16. Setiap penyertaan hendaklah menggunakan borang penyertaan yang berlainan.
  17. Borang Penyertaan hendaklah disertakan dengan:
  • Biodata peserta (tidak lebih daripada 100 patah perkataan)
  • Perakuan penyertaan adalah karya asli
  • Perakuan mengizinkan urus setia memuat naik video di laman YouTube dan laman web rasmi urus setia.

HADIAH PERTANDINGAN

  1. Hanya satu pemenang sahaja akan dipilih daripada setiap tema yang dipertandingkan.
Hadiah Terbaik Setiap Tema RM200/sijil penghargaan
  1. Peserta layak memenangi lebih daripada satu hadiah yang ditawarkan.

URUS SETIA PERTANDINGAN
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA),
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

Urusetia Pertandingan

Tel:  603-8921 3557 | Faks: 603- 8925 4698