PERTANDINGAN MENGHASILKAN VIDEO INTERAKTIF MEMPELAJARI BAHASA MELAYU ASAS KEPADA PENUTUR ASING


Pertandingan menghasilkan video interaktif ini merupakan program inisiatif daripada projek penyelidikan (Kod Penyelidikan : FRGS/1/2015/SS101/UKM/02/9) di bawah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Tujuan video dihasilkan adalah untuk membantu penutur asing mempelajari Bahasa Melayu pada peringkat asas. Video yang baik akan dimuat naik ke dalam You Tube dan laman web rasmi urusetia.


Objektif Pertandingan:

  1. Memupuk minat dan kesungguhan penutur asing dalam mempelajari bahasa Melayu secara berterusan.
  2. Memudahkan penutur asing memperoleh sumber dan medium pembelajaran yang berkesan dan boleh diakses sepanjang masa.
  3. Menaikkan martabat bahasa Melayu di persada antarabangsa.


TEMA PERTANDINGAN

“Memartabatkan Bahasa Melayu ke Persada Antarabangsa”

Muat Turun Poster: Poster Pertandingan Video

 


URUS SETIA PERTANDINGAN
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA),
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

www.ukm.my/kitbm | Urusetia Pertandingan

Tel:  603-8921 3557
Faks: 603- 8925 4698