PROGRAM KEMBARA ILMU SILANG BUDAYA ANAK SAMURAI
[PROGRAM KEMBARA ILMU SILANG BUDAYA ANAK SAMURAI]
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Highlanders.
Program Kembara Ilmu Silang Budaya Anak Samurai berjaya dilaksanakan dengan penglibatan 11 orang peserta dari Jepun, terdiri daripada pelajar Tokyo University of Foreign Studies dan Takushoku University, serta sokongan 25 fasilitator daripada Pusat Pengajian Citra Universiti dan Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Ibrahim Yaakub. Program ini merupakan inisiatif Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (Jana UKM) dengan kerjasama UKMShape, UKM Global dan pihak-pihak berkepentingan yang terlibat.
Program ini bertujuan menjadi platform pertukaran budaya antarabangsa di samping memperkukuh kemahiran komunikasi, keyakinan diri serta pemahaman silang budaya dalam kalangan pelajar. Pelaksanaan program turut melibatkan sokongan aspek pengurusan, kebajikan dan penyelarasan oleh pihak MEP Kolej Ibrahim Yaakub bagi memastikan kelancaran keseluruhan program.
Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti berteraskan pembelajaran budaya dan interaksi silang budaya telah dijalankan bagi memberi pendedahan langsung kepada para peserta. Aktiviti-aktiviti ini memberi ruang kepada peserta dari Malaysia dan Jepun untuk berinteraksi, bertukar pandangan serta memahami perbezaan budaya dalam suasana yang terancang dan berstruktur.
Secara keseluruhannya, Program Kembara Ilmu Silang Budaya Anak Samurai telah mencapai objektif pelaksanaannya dan berjaya memberi impak positif kepada para peserta serta pihak terlibat. Program ini menjadi satu platform bermakna dalam memperkukuh hubungan budaya dan persefahaman antara Malaysia dan Jepun, khususnya melalui pendekatan akademik dan pengalaman pembelajaran secara langsung.
Sekian.
“Takkan Sesekali Berundur”
KETUA EKSEKUTIF
KOLEJ IBRAHIM YAAKUB
SESI 2025/2026
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA





