FAQs

Soalan Lazim

  1. Apakah sejarah penubuhan KIY?

    Kolej Ibrahim Yaakub merupakan salah sebuah daripada sepuluh buah kolej yang terdapat di kampus induk UKM Bangi. Kerana keadaan geografinya yang tinggi, kolej ini juga diberi nama sebagai HIGHLANDERS. Kolej yang tertinggi di UKM ini telah dibina pada tahun 1980 dan mula dibuka pada tahun 1982. Kolej ini juga dikenali sebagai KOLEJ ILMU selaras dengan kesungguhannya memartabatkan ilmu pengetahuan di kalangan penghuni-penghuninya.

    Bermula dengan pengetua yang pertama sehinggalah pengetua sekarang, Kolej Ibrahim Yaakub telah menempa pelbagai kejayaan yang mengharumkan nama kolej dan universiti di persada tanah air.

  2. Bilakah UKM ditubuhkan?

    Kolej Ibrahim Yaakub (KIY) telah dibina pada tahun 1980 dan mula dibuka pada tahun 1982.

    Dengan persekitaran akademik yang unggul, prasarana kolej yang moden dan konsep asrama dalam taman, KIY sememangnya antara kolej yang tersohor di UKM ini.

  3. Di manakah lokasi KIY?

    KIY yang berada di Kampus Induk Bangi terletak dalam lingkungan Multimedia Super Corridor (MSC), berhampiran Putrajaya dan Cyberjaya yang menjadi pemangkin KIY ke arah pembangunan teknologi maklumat.

    Kemudahan Lebuhraya Utara-Selatan, perkhidmatan komuter dan bas memudahkan perjalanan ke Kolej Ibrahim Yaakub bagi para pelajar dan mereka yang ingin mengunjungi Kolej ini.

    Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pula mendekatkan lagi KIY ini dengan dunia antarabangsa. Klik di sini untuk melihat lokasi KIY dan peta kampus UKM.

  4. Apakah matlamat KIY dalam mendidik para pelajar?

    Kolej Ibrahim Yaakub bertekad menjadi kolej yang terbilang dalam pembentukan generasi pelajar yang terkehadapan dari segi sahsiah dan pengetahuan untuk pembangunan Negara.

    Dengan asas yang mantap ini, KIY tampil dengan citra baru dalam menyediakan perkhidmatan yang cekap dan bersistematik secara berterusan, kemudahan yang berkualiti dan persekitaran yang kondusif bagi membina generasi pelajar yang berilmu dan berkebolehan.

  5. Apakah kemudahan asas yang disediakan oleh KIY?

    Di dalam memastikan persekitaran asrama yang kondusif dan harmoni, pelbagai kemudahan telah disediakan untuk warga kolej.

    Pelbagai aktiviti turut diadakan dengan matlamat untuk melahirkan pelajar cemerlang dari aspek fizikal dan mental.

    Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti perpustakaan, internet dan teknologi maklumat, keselamatan, sukan dan rekreasi, khidmat kaunseling, kelab & persatuan pelajar, kemudahan koperas dan kafetaria.

  6. Siapakah yang boleh dihubungi sekiranya saya ingin berurusan dengan pihak KIY?

    Pejabat Kolej Ibrahim Yaakub,
    Universiti Kebangsaan Malaysia
    43600 UKM, Bangi, Selangor Darul Ehsan

    Tel: 603 8921 3393 / 5269
    Laman Web : http://www.ukm.my/kiy
    E-mel : kiyukm2014@gmail.com