Denda yang dikenakan mengikut kesalahan

DENDA KERANA TIDAK MEMBUAT PENGESAHAN

TEMPAT TINGGAL DAN LEWAT MENDAFTAR

Pelajar – pelajar yang telah ditawarkan tempat tinggal tetapi tidak membuat pengesahan tempat tinggal yang ditetapkan jika merayu untuk untuk ditempatkan semula di Kolej akan dikenakan denda sebanyak RM25.00 tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan. Bagi pelajar – pelajar yang telah mengesahkan tempat tinggal tetapi tidak mendaftar dalam waktu yang ditetapkan tanpa sebab – sebab yang boleh diterima oelh pihak kolej dikenakan denda sebanyak RM15.00.

KADAR DENDA YANG DIKENAKAN KEPADA PENGHUNI – PENGHUNI YANG MELANGGAR PERATURAN – PERATURAN KOLEJ

BIL PERKARA DENDA(RM)
1 Hilang kunci tiap – tiap satu set. 10.00
2 Tukar bilik tanpa kebenaran. 30.00
3 Tukar kolej tanpa kebenaran. 50.00
4 Membenarkan setinggan di dalam bilik(bagi setinggan dan penghuni tiap – tiap seorang). 70.00
5 Memasak di bilik (alat dirampas). 20.00
6 Mengotorkan bilik /ruang luar/dalam blok. 50.00
7 Memiliki dapur minyak /hot plate/heater coil (alat dirampas). 50.00
8 Memaku / menampal poster – poster ditempat yang tidak dibenarkan (tiap – tiap satu). 10.00
9 Memiliki alat sambungan elektrik (alat dirampas). 20.00
10 Memiliki periuk elektrik (rice cooker)(alat dirampas). 20.00
11 Lampu atau kipas terpasang semasa penghuni tiada di bilik. 20.00
12 Tinggal kunci diluar pintu. 10.00
13 Jemur atau menyidai pakaian selain daripada tempat ampaian yang disediakan (tiap – tiap satu). 2.00
14 Meletak kenderaan di dalam bilik atau di ruang dalam blok Pangsasiswa/Asrama/Pangsarama. 70.00
15 Meletak kenderaan di tempat yang dilarang atau secara menghalang. 10.00
16 Membawa /mengambil /mengalih alat – alat kemudahan/perabot yang disediakan untuk umum ke dalam bilik(tiap – tiap satu). 50.00
17 Pinjaman kunci untuk selama 15 minit (tiap – tiap satu set). 1.00
18 Membuat salinan kunci tanpa kebenaran (tiap – tiap satu set). 20.00
19 Memakai pakaian yang tidak sopan di luar bilik kediaman. 10.00
20 Menyalahgunakan alat pencegah kebakaran 70.00
21 Memecah/membuang cermin tingkap / pintu tanpa dilaporkan(tiap – tiap satu) 15.00 – 25.00
22 Meletak kasut / selipar di luar bilik (tiap – tiap satu set). 2.00
23 Mengotorkan ruang rehat dan persekitaran Pangsasiswa/Pangsarama 50.00
24 Penggunaan alat – alat elektrik tanpa kebenaran Pengetua (tiap – tiap satu) 10.00
25 Tidak memakai kad Kolej apabila berurusan dengan Pentadbiran Kolej. 5.00
26 Salahguna kad Kolej 10.00
27 Membuang sisa makanan tanpa dimasukkan ke dalam beg plastik. 10.00
28 Memasang selak pintu atau mangga. 10.00
29 Membela binatang. 10.00
30 Membawa tetamu ke dalam blok kediaman (berlainan jantina). 10.00
31 Berdua – duaan di antara lelaki dan perempuan di tempat yang sunyi. 70.00
32 Tidak memasang sarung bantal dan cadar. 3.00
33 Menyimpan/mempamer bahan lucah di dalam bilik atau mengedarnya. 50.00
34 Membakar/mengasap colok /kemenyan/ bau – bauan yang boleh mengganggu ketenteraman penghuni lain. 50.00
35 Membuang sampah tidak di tempat yang disediakan. 30.00
36 Memiliki /menyimpan senjata/bahan merbahaya (bahan dirampas) 100.00
37 Lain – lain kesalahan atas budibicara Pengetua Kolej

Jika seorang pelajar mengumpul denda sebanyak RM100.00 dalam tempoh satu sesi, beliau secara automatik boleh dikeluarkan dari Kolej dan tidak layak untuk memohon tinggal di Kolej pada sesi berikutnya.